KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN GOTONG ROYONG

        Amalan gotong royong mempunyai banyak kelebihan dan kepentingan. Antaranya ialah Sikap bergotong-royong juga patut diamalkan di kalangan pelajar. Penglibatan para pelajar dalam kerja gotong-royong dapat mendedahkan mereka kepada cara hidup bermasyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan lain-lain. Contohnya, dalam kegiatan persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan lebih lancar dan tanpa gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong. Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.

        Seterusnya ialah mereka dapat mengeratkan perpaduan kamum. Contohnya ialah Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang saling bertoleransi sesama masyarakat. Benarlah amalan gotong-royong boleh menguatkan komunikasi dan mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat. Amalan gotong royong membolehkan kita menjimatkan belanja. Kita boleh menjimatkan perbelanjaan dari segi gotong royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia berbilang kaum. Maka harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu. Dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu membantu dan berkerjasama membersihkan taman.

         Gotong royong merapatkan ahli masyarakat kepada niai-nilai murni yang suci yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin dan penyayang seama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi. Hal ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sbenarnya membantu menangani geala buru dlam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian.

        Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu JKK fungsinya untuk menjana kegiatan gotong royong setempat khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa dan tenaga telah dijimatkkan kerana ahli masyarakat akan berkerjasama mencapai seuatu perkara. Contoh jika tempat itu kotor kerana sampah mereka akan erkerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah oran lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan sakit akibat kesan jangka panjang.

 Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Gotong royong adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan tolong menolong antara satu sama lain. Pada zaman yang penuh dengan teknologi mewah contohnya seperti smart phone ini, rakyat Malaysia makin kurang berinteraksi di antara satu sama lain dan juga kurang untuk membantu antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan jiran tertangga atau kawan kawan kurang berinteraksi, malah dengan keluarga sendiri juga tidak ada komunikasi. Hal ini sangat membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan kurang persefahaman di antara satu sama lain. Kurang berinteraksi juga akan menyebakan hubungan sesuatu keluarga itu renggang dan kurang bantu membantu jugak akan menyebabkan amalan mulia ini akan pudar dan hilang dimakan zaman.

Akhir sekali, Bak kata pepatah melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sam dijinjing’. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggungbelanja perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong royong, kesan gotong royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahuan pembangunan insan.
  

Comments

Popular posts from this blog