KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam
mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara
Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak
zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini
,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan
perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong
kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga
mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota
keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak mendekatkan diri
dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki
mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar
tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui
pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan
aktiviti gotong-royong. Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu
menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi
cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa
amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong
kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar
juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa
diutamakan.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama
ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan
silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang
masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari
awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.
Comments
Post a Comment