PENGENALAN
Amalan gotong-royong merupakan satu amalan yang sering dilakukan
terutamanya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian
daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya
kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis. Kini, selepas
kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai
salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Melayu.
Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong acapkali
diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak faedah kepada
masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan
mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata pepatah “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata
yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat
penting dalam sesebuah masyarakat. Justeru, hubungan silaturrahim dikalangan
kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotong-royong adalah
amalan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong
menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
Comments
Post a Comment